Pages

leave your url here tq!

Thursday 10 January 2013

DEWAN PERKAHWINAN #1

Ada request dari pembaca blog ni yang minta untuk update list dewan perkahwinan. Jadi CHL akan memenuhi kehendak itu ^_^

Tapi sebelum itu, of course lah ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum kita nak cari dewan perkahwinan untuk hari bersejarah tu..

1) Lokasi Dewan



Ini adalah antara faktor paling penting. Kerana:-
  •  Selalunya orang akan pilih tempat/dewan perkahwinan yang dekat dengan rumah sebab senang nak uruskan persiapan. 
  • Selain itu lokasi penting sebab nak tengok trafik nak ke dewan tu 
  • Dan keluasan parking juga penting untuk menyenangkan para tetamu.
Mana nak cari informasi lokasi dewan?
  • yang paling senang - tanya incik Google!
  • tanya pada kawan-kawan  yang duduk berhampiran atau jiran-jiran yang pernah buat majlis perkahwinan.
2) Kapasiti Dewan




Dah dapat lokasi-lokasi yang menarik perhatian, check pula kapasiti dewan itu. Berapa anggaran jumlah tetamu yang dapat ditampung oleh dewan itu dalam satu-satu masa. Dan juga keselesaan susun atur kerusi meja dalam dewan tu. Sebab ada sesetengah pemilik dewan, cakap je boleh tampung 1000 tetamu dalam satu masa, kita pun letak la 100 buah meja tapi sangat-sangat lah padat dan mampat dan dekat-dekat susun atur meja tu sampai tetamu berlaga punggung bila bangun.


3) Pakej Sewaan Dewan

Dah tahu kapasiti berapa, tanya pula pakej yang disediakan oleh pihak dewan itu. Apa yang termasuk dalam harga sewaan itu. Apakah kemudahan yang diberikan?
 
 Adakah ia termasuk ...
1. persiapan sehari sebelum majlis?
2. kerusi meja?
3. perkhidmatan membersih dewan sebelum dan selepas majlis?
4. perkhidmatan mencuci tandas?
5. aircond dan lampu semasa penyediaan dewan?
6. sistem PA
7. bantuan teknikal?
8. DJ?
9. bilik rehat, bilik santai atau bilik lepak?

4) Kemudahan-kemudahan asas lain

Kemudahan-kemudahan asas lain adalah kemudahan sedia ada yang menyokong kelancaran majlis.
1. tempat meletak kenderaan atau parking bagi tetamu. semue mesti suka jika tempat itu mempunyai banyak tempat parking dan laluan masuk-keluar juga mudah.
2. tandas;
3. tempat solat;
4. tempat penyediaan atau hidang makanan;
5. punca air untuk membasuh pinggan mangkuk dan air cuci tangan;
6. pentas (ketinggian);
7. bilik rehat;
8. laluan & kemudahan kerusi roda jika melibatkan tangga untuk sampai ke dewan itu 
 

No comments:

Post a Comment