Pages

leave your url here tq!

Wednesday 4 December 2013

BAJET!!! CARA MERANCANG BAJET PERKAHWINAN ANDA

Siapa yang tak mahukan perkahwinan yang serba sempurna dan menyenangkan semua pihak sehingga terkesan di hati para tetamu. Tapi dalam pada untuk mencapai tahap sempurna, kita perlu juga jeling-jeling bajet kita dan pasangan untuk meraikan hari perkahwinan tersebut.

Bajet merangkumi pelbagai aspek. Ada yang hanya fokus kepada majlis perkahwinan sahaja. Ada yang meliputi majlis pertunangan, pernikahan dan juga majlis perkahwinan.

Jika inginkan sebuah majlis dengan kos yang tidak terlalu besar, tiga majlis itu diadakan sekaligus dalam hari yang sama. Namun jia mahu mengadakan majlis berlandaskan adat, setiap majlis perlu dilakukan berasingan.

Jom CHL share sikit cara nak merancang bajet perkahwinan.

CADANGAN PECAHAN BAJET

  • 50% - Lokasi majlis dan katering
  • 10% - Busana
  • 10% - Dekorasi
  • 5% - Perunding Majlis
  • 5% - Kad Jemputan
  • 10% - hiburan
  • 10% -Fotografi & videografi

CONTOH KIRAAN BAJET

SIMPANAN ANDA  x  % DARIPADA SIMPANAN ANDA YANG AKAN DISUMBANGKAN               = SUMBANGAN PERKAHWINAN ANDA SEDIA ADA

SUMBANGAN KELUARGA PIHAK PEREMPUAN (jika ada)      RM
SUMBANGAN KELUARGA PIHAK LELAKI (jika ada)                RM
SUMBANGAN DARI PIHAK LAIN (jika ada)                                RM
JUMLAH BAJET PERKAHWINAN                                                RM

katakan bajet perkahwinan anda adalah RM30 000. pecahkan mengikut anggaran pecahan bajet diatas.
  • 50% - Lokasi majlis dan katering                  RM15 000
  • 10% - Busana                                                RM 3 000
  • 10% - Dekorasi                                             RM 3 000
  • 5% - Perunding Majlis                                 RM 1 500
  • 5% - Kad Jemputan                                      RM 1 500
  • 10% - hiburan                                              RM 3 000
  • 10% -Fotografi & videografi                       RM 3 000


  • Walau apa pun, terpulang pada kehendak masing-masing. Terdapat pelbagai inisiatif bagi menjimatkan perbelanjaan dan menjadikan bajet perkahwinan anda sebagai bajet yang paling ideal dan berpatutan. Bajet yang sepatutnya diberi keutamaan adalah katering, busana, pelamin dan cenderahati.

    TIPS:
    • Anda perlu mengambil kira caj perkhidmatan yang dikenakan oleh sesetengah lokasi atau servis yang anda pilih.
    • Minta mereka nyatakan jika ada caj tambahan seperti caj kelewatan atau menggunakan fasiliti lebih masa ataupun kerosakan.
    • Jika ada saudara mara atau kenalan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan servis seperti katering atau fotografi, cuba negociate harga 'kawan-kawan' ^_^

    No comments:

    Post a Comment