Bajet merangkumi pelbagai aspek. Ada yang hanya fokus kepada majlis perkahwinan sahaja. Ada yang meliputi majlis pertunangan, pernikahan dan juga majlis perkahwinan.
Jika inginkan sebuah majlis dengan kos yang tidak terlalu besar, tiga majlis itu diadakan sekaligus dalam hari yang sama. Namun jia mahu mengadakan majlis berlandaskan adat, setiap majlis perlu dilakukan berasingan.
Jom CHL share sikit cara nak merancang bajet perkahwinan.
CADANGAN PECAHAN BAJET
- 50% - Lokasi majlis dan katering
- 10% - Busana
- 10% - Dekorasi
- 5% - Perunding Majlis
- 5% - Kad Jemputan
- 10% - hiburan
- 10% -Fotografi & videografi
CONTOH KIRAAN BAJET
SIMPANAN ANDA x % DARIPADA SIMPANAN ANDA YANG AKAN DISUMBANGKAN = SUMBANGAN PERKAHWINAN ANDA SEDIA ADA
SUMBANGAN KELUARGA PIHAK PEREMPUAN (jika ada) RM
SUMBANGAN KELUARGA PIHAK LELAKI (jika ada) RM
SUMBANGAN DARI PIHAK LAIN (jika ada) RM
JUMLAH BAJET PERKAHWINAN RM
katakan bajet perkahwinan anda adalah RM30 000. pecahkan mengikut anggaran pecahan bajet diatas.
Walau apa pun, terpulang pada kehendak masing-masing. Terdapat pelbagai inisiatif bagi menjimatkan perbelanjaan dan menjadikan bajet perkahwinan anda sebagai bajet yang paling ideal dan berpatutan. Bajet yang sepatutnya diberi keutamaan adalah katering, busana, pelamin dan cenderahati.
TIPS:
- Anda perlu mengambil kira caj perkhidmatan yang dikenakan oleh sesetengah lokasi atau servis yang anda pilih.
- Minta mereka nyatakan jika ada caj tambahan seperti caj kelewatan atau menggunakan fasiliti lebih masa ataupun kerosakan.
- Jika ada saudara mara atau kenalan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan servis seperti katering atau fotografi, cuba negociate harga 'kawan-kawan' ^_^
No comments:
Post a Comment