Pages

leave your url here tq!

Wednesday 10 October 2012

Wedding Shoe

Holla! Lama rasa tak menaip di sini. Terlalu sibuk dengan tempahan bunga telur dan lain-lain urusan.

 Hari ini terasa macam nak cuci mata tengok kasut kahwin.

Kalau macam majlis perkahwinan 5 - 10 tahun dulu, kebanyakan kasut perkahwinan adalah yang satu set dengan baju pengantin yang kita sewa dari mak andam / wedding planner. Tapi sekarang ramai yang pilih untuk pilih kasut lain dari kasut yang disediakan.

ni yang sekali sama warna dengan baju


Tak semestinya bila kita pakai baju nikah warna putih, kita mesti pakai kasut pun warna putih. Let's check out warna dan stail macam mana yang sesuai untuk dipadankan. ^_^

heels with cute bow


grey with diamonds* gorgeous*

putih dengan ros merah yang sangat sexy!
gorgeous!
 
ni semua boleh check it out kat absolutelygorgeousbyamy
 
 


Gorgeous aren't they? ^_^  tapi tapi tapi jangan lupa beberapa tips penting sebelum buat keputusan untuk membeli kasut pengantin

  • Belanja/ Peruntukan
Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Tak semestinya kasut pengantin perlu yang mahal. Ada yang jenama biasa-biasa tetapi memberi keselesaan kepada pengantin dan juga cantik dipadankan bersama busana perkahwinan.

  • Utamakan keselesaan
Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki.

  • Keanggunan
Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya

  • Ketinggian
Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.

  • Rekaan bersesuaian
Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Ambil kira sama ada bahagian depan kaki anda lebar atau tidak. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.


Itu saja dulu untuk review kali ni. Insyallah lepas ni akan lebih kerap review2 pasal perkahwinan dibuat ^_^

~spread the love~


No comments:

Post a Comment